Friday, April 23, 2010

Kerja Sambilan dengan Clixsense

Ramai sahabat-sahabat bertanya kepada saya,macam mana nk cari pendapatan melalui internet dengan cara yang paling mudah,kalau boleh nak yang free.. amboi nk free aje.Secara peribadi,saya mencadangkan sahabat-sahabat sekalian mencuba program-program PPC (Pay To Click) sebagai asas.Program ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam mencari pendapatan sambilan melalui internet,lebih sesuai lagi bagi mereka yang hobinya melayari internet setiap hari.Sambil melayari internet dan menghasilkan pendapatan adalah lebih baik dari hanya melayari internet tanpa mendapat apa-apa. Orang putih kata “something is better than nothing”.

Bayangkan jika setiap hari anda melayari internet tetapi anda tidak menggunakan peluang yang ada untuk menjana pendapatan,alangkah ruginya anda.Jika anda mempunyai ramai kawan-kawan dalam laman web sosial seperti facebook,friendster,twitter dan sebagainya,ia memberi kelebihan dari segi pemasaran untuk anda.
Gunakan peluang yang ada semaksima munkin untuk anda menghasilkan pendapatan,nampak macam materialistik tetapi kadang-kadang kita perlu bersikap opportunist.Tak salah kita berusaha sebaik munkin untuk mencari pendapatan kan? Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.Ini adalah realiti pada masa kini.



Apakah program PTC yang terbaik untuk saya memulakan kerja sambilan ini? Untuk permulaan saya mencadangkan Clixsense.Kenapa? Kerana Clixsense telah beroperasi sejak februari 2007,sehingga hari ini clixsense telah membayar lebih USD846,762 kepada semua peserta-peserta program kerja sambilan PTC mereka di seluruh dunia termasuk di Malaysia.Program kerja sambilan PTC ini merupakan antara yang terbaik dan boleh dipercayai di dunia.Mereka juga mempunyai kelab peminat di Facebook dan Twitter.Pejabat operasi mereka terletak di Clarkville,Amerika Syarikat.Anda juga boleh baca di ruangan “About Us” untuk lebih memahami Clixsense.Alamat pejabat Clixsense tertera seperti di bawah.

ClixSense.com, Inc.
1600 Needmore Rd
Clarksville, TN 37040,USA.



Ok,bagi mereka yang masih baru dalam mencari pendapatan di internet,mesti akan tertanya-tanya,program kerja sambilan PTC tu apa? Apa kerjanya? Bagaimana tentang pendapatan? Ini soalan cepu emas yang sangat biasa saya terima.

APA ITU PROGRAM KERJA SAMBILAN PTC (Pay To Click)??
Seperti namanya,secara amnya program ini membayar bagi setiap iklan yang anda klik (Pay To Click). Secara khusus untuk Clixsense,anda akan dibayar setelah anda klik pada link iklan yang tertera di ruangan “Browse Ads” dan biarkan selama 30saat sebelum arahan close window diberikan.Semudah itu sahaja. Anda akan lebih faham jika sudah mendaftar.Pendaftaran adalah percuma.Anda tak akan rugi apa-apa dari segi kewangan kerana program ini adalah percuma untuk anda sertai.

APA KERJANYA?
Bagi yang masih keliru,kerja anda adalah klik iklan,atau nak bagi senang faham.. bahasa kampungnya adalah tukang klik iklan :-P itulah kerja sambilan anda. Betul ke ni? Macam senang sangat je.. Memang betul tuan-tuan dan puan-puan sekalian,kerana itulah ia dinamakan program kerja sambilan PTC (Pay To Click).Sangat Mudah untuk dilakukan,rugi sangat kalau hari-hari melayari internet tapi tak cuba buat.Percuma pula tu.Bagi yang telah mendaftar sila baca di ruangan FAQ/Support untuk lebih memahami perjalanan program ini.Wajib baca.

BAGAIMANA TENTANG PENDAPATAN/GAJI ANDA?
Secara amnya,pendapatan kita untuk program-program ini dibayar menggunakan sistem pembayaran online seperti PayPal dan Alertpay.Secara khususnya untuk program Clixsense ini,anda akan dibayar menggunakan cek yang akan terus dihantar ke alamat rumah anda,jadi pastikan anda mengisi alamat yang betul dan tepat ketika proses pendaftaran.Berapa income anda? Bergantung kepada usaha anda melakukan kerja sambilan ini.Anda juga boleh menggandakan pendapatan anda dengan mudah dan berkesan.Sila lihat di ruangan ClixGrid,Affiliate Program dan Premium Account.
Tanpa membuang masa lagi,sila klik banner di bawah dan klik register untuk mendaftar.Sila baca di ruangan FAQ/Support jika terdapat sebarang pertanyaan.

Saturday, April 3, 2010

Contoh Usahawan Internet - Fione Tan

Petikan Akhbar.



BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.
Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.
Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.
“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.
“Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini.
PENCAPAIAN dan pengiktirafan yang diterima Fione menyuntik semangatnya untuk lebih berjaya.
Tekad untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, Fione teringatkan pengalamannya semasa menuntut di AS. Menurutnya, di sana banyak urusan perlu dilakukan menggunakan Internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian.
Bertitik tolak dari situ, Fione mendapat idea untuk menjadikan Internet sebagai medium pemasaran yang menguntungkan. Dengan waktu bekerja yang fleksibel, kurang risiko rugi dan kos operasi yang murah, Fione lantas nekad dengan keputusannya itu.
“Apa yang saya miliki hari ini bermula dengan hanya satu pelan perniagaan yang mempunyai empat muka surat. Pada masa itu dalam fikiran saya, tertanam satu desakan yang saya perlu bersungguh-sungguh mengubah hidup saya.
“INTERNET adalah medium yang membuka pasaran global kepada pelanggan saya. Dengan akses 24 jam sehari dan 365 hari setahun, ia adalah lubuk duit” – FIONE TAN.
“Saya mula pergi ke seminar-seminar perniagaan untuk membentangkan pelan perniagaan di samping mencari pelanggan yang berpotensi.
“Usaha itu berhasil apabila sebuah syarikat antarabangsa bersetuju menyuntik modal sebanyak RM88,000. Saya laburkan RM75,000 untuk membina laman web dan bakinya digunakan untuk operasi syarikat,” cerita Fione.
Cek pertama RM15
Walaupun yakin perniagaan alam maya mampu memberikan rangkaian promosi meluas, Fione mengakui beliau hanya untung RM15 pada bulan pertama perniagaannya.
“Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40). Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan pun cek itu.
“Walaupun pun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat. Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan komputer sekurang-kurangnya selama 10 jam sehari.
“Saya buka banyak laman web dan belajar bagaimana mahu menjadikan Eonenet.com berada di tempat pertama di enjin carian utama seperti Google, Yahoo! dan Baidu. Pada bulan ketiga baru saya dapat pulangan balik modal, rasa berbaloi menghadap komputer seharian,” cerita Fione.
Kini selepas sembilan tahun menjadi ejen pemasaran Internet, wanita ini mampu menjana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan. Bukan itu sahaja, laman sesawang miliknya, Eonenet.com sudah memasuki pasaran negara-negara maju serta memiliki beberapa aset hartanah elit di Malaysia serta Hong Kong.
Pencapaian anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur ini bukan setakat itu. Selain gah di pasaran Internet, beliau juga terkenal dengan khidmat perundingan Internet berkesan. Malah di peringkat antarabangsa, ramai pelanggan sanggup membayar RM15,259 (AS$4,500) untuk 45 minit sesi konsultasi bersamanya.
Dek kejayaannya menempa nama di arena perdagangan alam maya itu, Fione sering dijemput malah turut menganjurkan seminar-seminar keusahawanan bagi berkongsi strategi untuk memperluaskan rangkaian pemasaran para peserta melalui Internet.
“Sehingga kini, lebih kurang 30,000 orang telah mengikuti seminar saya dan boleh dikatakan semuanya berjaya. Ada suri rumah memperoleh pendapatan lebih RM30,000 pada Ramadan lalu hanya dengan menjual kek lapis.
“Ada juga pelanggan saya merupakan sekumpulan pengusaha ladang pir di Taiwan. Melalui Eonenet.com, mereka telah berjaya memperluaskan pasaran di Asia dan menembusi pasaran di Amerika serta Eropah.
“Ada juga yang mengambil kesempatan wabak H1N1 sebagai peluang buat duit. Mereka jual topeng muka dan mampu jual lebih 1,000 kotak di Internet.
“Selain produk, ada juga pelanggan yang mempunyai kemahiran tertentu menjual perkhidmatan mereka melalui Internet.
“Contohnya, seorang CEO di sebuah syarikat terkemuka di Singapura mahu bersara kerana tekanan kerja. Dia mula menyertai kami dan menjual kemahiran yang dia ada di Internet. Nyata cara itu mampu memberinya pendapatan lumayan tanpa perlu menghadapi stres lagi.
“Pendek kata, jika ada kesungguhan, disiplin dan dedikasi, anda juga boleh berjaya.
“Saya melihat Internet dan dunia siber bagaikan lubuk. Segala-galanya ada di sana sama ada maklumat, rangkaian sosial mahupun tempat untuk membuat wang,” jelasnya panjang lebar.
Internet mengubah hidup
Dengan kejayaan dalam karier dan hidup yang jauh lebih selesa, Fione juga tidak menyangka kuasa Internet mampu mengubah landskap kehidupannya.
“Tanpa dedikasi, disiplin, pengalaman terdahulu serta sokongan keluarga dan pekerja, mungkin saya tidak akan berada di tahap ini,” tutur isteri kepada Harrace Lau, 40-an ini.
Biarpun kini beliau sedang berada di puncak kerjayanya, anak sulung dari dua beradik lebih senang merendah diri.
“Secara peribadinya, masih banyak ruang untuk saya perbaiki. Untuk kata puas, mungkin belum lagi, tetapi kalau lega, mungkin ya.
“Saya bersyukur dengan kerja ini saya boleh dapat duit untuk bayar ansuran rumah, kereta dan memiliki pejabat di Malaysia serta di Hong Kong. Saya bukan orang yang suka melebih-lebih.
“Asalkan cukup makan dan pakai, ada duit lebih untuk disimpan, pergi membeli-belah dan sesekali ke spa, saya sudah okey,” katanya yang mengakui lahir dari keluarga sederhana.
Tambah beliau, ibunya merupakan seorang akauntan, bapa pula bekerja sebagai juruteknik elektrik. Disebabkan kehidupan yang serba sederhana, orang tuanya terpaksa bekerja keras untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Adakalanya dalam sebulan, hanya seminggu saja saya berpeluang berjumpa dengan ibu. Selebihnya masanya dihabiskan dengan kerja.
“Disebabkan itu, memasuki sekolah menengah, saya nekad belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat biasiswa ke Amerika. Saya tidak mahu melihat orang tua saya susah lagi.
“Sekarang saya gembira kerana dapat menyumbang keselesaan dalam hidup mereka sekarang,” ujar Fione yang mengakui karakter ibu kesayangan banyak mempengaruhi kejayaanya.
Walaupun sering mengimpikan kehidupan disaluti kemewahan sejak alam remaja, Fione tidak menyangka impiannya tercapai secepat ini.

Contoh Usahawan Internet - Samsul Zamzuri

Petikan Akhbar Kosmo.



SELAIN daripada perniagaan Internet, seseorang juga boleh memperoleh pendapatan menerusi iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog mereka.
Menarik bukan? Anda hanya menulis atau mengemas kini laman web atau blog anda, dan iklan yang masuk memberikan anda pulangan yang besar.
Itulah yang telah terjadi kepada seorang pengusaha laman web dan blog, Samsul Zamzuri Abu Bakar yang kini hanya bekerja di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor. Kerjaya sebagai juruaudit dalaman ditinggalkan Samsul Zamzuri, 33, sejak tahun 2005 setelah dua tahun membangunkan laman web dan blog.
“Saya mengambil keputusan itu setelah melihat ia mampu menjana pendapatan empat kali ganda lebih besar daripada apa yang saya lakukan pada masa itu.
“Kini, setiap bulan, saya mampu memperoleh pendapatan lima angka,” kata Samsul yang merupakan graduan dalam bidang ekonomi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
“Dan saya percaya, bukan setakat puluhan ribu, bahkan dengan pekerjaan ini mampu menjadikan seseorang itu jutawan. Di Malaysia, barangkali belum ada sesiapa yang bergelar jutawan hanya dengan iklan yang masuk ke dalam laman web atau blog.
“Tapi di luar negara, saya yakin ada. Yalah, kalau pendapatan sehari mereka mampu mencecah AS$5,000 dolar (RM15,950) masakan tidak boleh jadi jutawan,” ujarnya yang mengusahakan laman web, portal, direktori web dan blog. Antaranya ialah www.osx-e.com dan blog webmaster Malaysia www.szab.net/blog/.
Menurut Samsul, pengiraan pendapatan menerusi laman web atau blog ialah bergantung kepada berapa banyak pengguna yang mengklik iklan tersebut dan bagi iklan banner pula berapa kali ia muncul berdasarkan lawatan pengguna yang masuk ke dalam laman webnya.
“Sebagai contoh, bagi iklan klik, satu klik iklan itu sahaja boleh bernilai serendah 3 sen Amerika sehingga menjangkau AS$80 dolar (RM255), setakat yang pernah saya ketahui. Nilainya berbeza mengikut iklan. Saya kebiasaannya mendapat antara 4 hingga 5 dolar (RM16) untuk satu iklan yang diklik pengguna.
“Bagi iklan banner pula, 1,000 kemunculan menyamai 8 dolar (RM25),” ujarnya.
Bercerita lanjut mengenai prosedur lazim yang dilalui untuk mendapatkan iklan, pengusaha laman web atau blog perlu memohon kemasukan iklan daripada syarikat perantara pengiklanan seperti Google Adsense menerusi laman web Google atau ValueClick Media.
Setelah mengisi borang permohonan yang berkehendakkan butiran mengenai laman web diisi, laman web berkenaan akan diperiksa dan diuji sama ada layak atau tidak untuk dimasuki iklan.
Pendapatan boleh diterima dengan beberapa cara antaranya kiriman cek atau sistem western union yang ditawarkan perkhidmatannya oleh bank dan pihak tertentu seperti bank CIMB, RHB dan pejabat pos.
Samsul turut menerangkan, selain daripada mendapat iklan secara perantaraan, ada juga iklan yang masuk ke dalam laman webnya secara terus. Ini biasanya melibatkan pengiklan dalam negara.
“Ia dilakukan dengan cara saya mengiklankan dalam laman web saya pelawaan untuk orang ramai atau pengiklan yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di laman web atau blog saya,” katanya.
Kini, masa Samsul banyak dihabiskan di rumah. Katanya, boleh dikatakan komputer di rumahnya terbuka 24 jam.
“Malam bila hendak tidur sahaja baru tutup,” katanya yang sedang menunggu masa untuk mengambil anaknya di sekolah pada hari itu.
Tambah Samsul: “Apa yang boleh saya katakan, tidak ada ruginya melakukan kerja ini. Dengan modal yang terlalu sedikit, kita tidak akan rugi. Bahkan, margin keuntungan kita (perbezaan antara modal dan keuntungan) boleh jadi lebih tinggi daripada syarikat-syarikat besar.
“Apapun, nasihat saya sebelum menjadikannya kerjaya yang serius, lakukannya sebagai hobi kerana nasib juga memainkan peranan. Bukan semua laman web mudah melepasi ujian kemasukan iklan.” – ADHAM SHADAN

Program PTC Yang Telah Disenarai Hitam

Seperti yang telah saya ceritakan dalam penulisan yang lepas,terdapat pelbagai jenis program PPC yang berunsur scam/penipuan. Ada juga yang bermula dengan baik tetapi setelah beberapa lama beroperasi,wang kita tidak dibayar dan program/website tersebut telah offline.Di bawah merupakan senarai program PPC yang bermasalah.Jika anda telah terlibat dalam program di website tersebut,tolong berhati2.Anda lebih bernasib baik jika anda belum lagi menaiktaraf keahlian anda kepada keahlian berbayar.


Adbuddy.net
Bpbux.com
Buxwiz.com
Buxyou.com
Nominimumbux.com
Tuibux.com
1centclicks.info
Clixdaddy
Smithbux
Topbux.org
Magicash.org
Englandbux.org
Adbux.org
Clixmedia.biz
Moneybux.org
View4pay
Thebux
Cashbux.org
Advercash.net
Clickbux.org
Newbux
Got2pay
Cashclique
Buxyou
Bigkingpay
Clickforcents
Offerbux
Buxclick
Eurobux.org
Tuilbux
Buxeuro
Daddybux
Paid.nu
Ptcbux
Starbux
Buxwiz
Buxout
Dollarclix.org
Powerbux.org
Nemoclicks
Cashclix.net
Bpbux
Buxto
Dreamclix
Ptindex
Internationalmoneybux
Realbux
Nominimumbux

Saturday, March 27, 2010

Cara Mendapatkan Bahan Bacaan.

Jika anda baru menceburi bidang perniagaan internet,anda pasti keliru dengan lambakan eBook2 pelbagai tajuk yang menceritakan tentang pelbagai tips2 tentang perniagaan internet.Secara peribadi saya nasihatkan anda agar mendapatkan eBook2 dari penulis2 yang benar2 menceburi dan telah menghasilkan pendapatan di Internet.Selidik latar belakang penulis eBook tersebut sebelum membeli.Awas,kebanyakan penulis2 eBook hanya pandai berteori semata2 tentang perniagaan internet ini.Mereka cuma sekadar seorang penulis yang menulis tentang sesuatu untuk mencari pendapatan,bukanlah seorang ahli perniagaan internet berjaya yang ingin berkongsi ilmu.

Senarai di bawah merupakan eBook2 karya seorang guru perniagaan internet yang terkenal iaitu Mr.Harvey Seagal,beliau merupakan antara 10 guru perniagaan internet terbaik di dunia.Untuk mereka yang benar2 ingin berjaya dalam perniagaan internet,tambahkan ilmu anda dengan mendapatkan tips2 terbaik daripada Mr.Harvey Seagal ini.Anda tidak akan menyesal kerana tips2 yang diberi amat mudah dan praktikal.Untuk mereka yang baru berjinak2 dalam perniagaan internet saya mencadangkan anda agar mendapatkan eBook bertajuk Making Money with Affiliate Program dan 30 Days To Internet Marketing Success.

Selepas senarai ini terdapat senarai eBook berbahasa melayu dari pakar perniagaan internet tempatan iaitu Saudara Zambri Nayan dan pakar perniagaan SMS,Saudara Irwan Dahnil.


CGI Guide


Ultimate Ad Tracker


Making Money With Affiliate Programs


Java Script Magic


Forum Marketing SuperTips


Money Browser


Special Ad Tracking Guide Link


Business Automator


Affiliate Armor


101 SuperTips


Special ClickBank Guide Link


Simple PHP


33 Days To Online Profits


Confessions Of A Website Copywriter


30 Days To Internet Marketing Success


Resale Rights Empire


Stop ClickBank Refunds


Special Supertips Site Link


Golden Book


Easy Site Magic


AdTrackZ


Info-Product Creation Toolkit


Ad Tracking SuperTips


ClickBank Affiliate SuperTips


ClickBank Vendor SuperTips


Viral Marketing


All Products


Private Posts


Total Resale Package


Big Profits


Free Traffic


Niche Profit Formula


The Lazy Man's Guide To Writing Articles


Guide To Private Label Rights


Super Forum Marketing


Forum Owner SuperTips


10% Conversion Secrets


Ultimate Rebrander


Special SuperTips Blog Link


Special ClickBank Success Forum Link

Dibawah ini merupakan panduan khas dari pakar perniagaan internet tempatan yang tidak asing lagi iaitu saudara Zambri Nayan.Pelajari selok-belok perniagaan internet daripada Zamri Nanyan,yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pemasaran affiliate,pemasaran produk digital,pemasaran online MLM,penciptaan produk informasi dan banyak lagi.

Zamri Nanyan memulakan bisnes internet semenjak tahun 2003 dan kini beliau melakukannya terus dari rumah secara sepenuh masa.eBook bertajuk Panduan Pemasaran Affiliate merupakan yang terbaik untuk mereka yang ingin memahami tentang kaedah pemasaran produk2 affiliate dengan mudah dan berkesan.

Seminar Pakar Affiliate

Panduan Pemasaran Affiliate

Video Panduan Asas Membuka Akaun PayPal

The Four Weeks To Freedom

Jika ingin mempelajari tentang kaedah perniagaan melalui SMS pula,dapatkan buku karya Irwan Dahnil.Beliau telah mula menjana pendapatan melalui SMS sejak 6 tahun dahulu.beliau juga telah mula menulis mengenai perniagaan dan pemasaran SMS sejak tahun 2006 dengan eBook bertajuk Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Sehingga kini beliau telah menulis 2 buah buku dan beberapa buah ebook percuma berkaitan dengan SMS.

Irwan dahnil juga merupakan ahli bersekutu Forum Pengguna Malaysia (CFM) sebuah organisasi yang memberikan khidmat bantuan kepada mereka yang mengalami masalah dalam skim penipuan SMS dan internet.Beliau juga terlibat sepenuh masa sebagai perunding bebas dan perunding strategik perniagaan internet dan SMS dan telah banyak membantu individu dan syarikat untuk lebih berjaya dalam melaksanakan kempen dan promosi internet dan SMS masing-masing.(sila klik banner di bawah)







Tuesday, March 23, 2010

Masalah Yang Biasa Dihadapi Oleh Mereka Yang Ingin Mencari Pendapatan Melalui Internet.

Seperti perniagaan offline/konvensional,perniagaan online juga mempunyai sedikit kesukaran terutama pada peringkat awal untuk memulakan perniagaan, kesukaran-kesukaran ini memerlukan kesabaran yang cukup tinggi untuk menghadapinya. Seperti biasa,setiap kesukaran atau masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya, anda boleh merujuk kepada mentor anda atau pakar-pakar dalam perniagaan internet untuk meminta pandangan.Masalah yang saya ceritakan ini merupakan pengalaman saya sendiri ketika baru berjinak-jinak dalam pernigaan ini suatu masa dulu,Antara masalah utama untuk memulakan perniagaan internet adalah:

a)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet untuk mencari sedikit wang tambahan tetapi tidak tahu landasan yang betul,ini terjadi kerana terlalu banyak SCAM di Internet yang bertujuan untuk menipu wang anda.Pelbagai-bagai taktik dan tawaran yang menjanjikan wang berjuta-juta/kekayaan jika anda menyertai atau membeli produk mereka.

b)Anda ingin memulakan perniagaan Internet,tetapi tidak tahu hendak menjalankan perniagaan apa,aduii.. nak jual apa ni? Anda berminat tapi dalam masa yang sama anda 'blur' dengan pelbagai jenis perniagaan yang dijalan oleh para ahli perniagaan internet yang lain.

c)Jika anda mempunyai idea tentang produk/perkhidmatan untuk dijual di Internet pula,anda takut produk atau perkhidmatan tersebut tidak mempunyai permintaan/tak laku.

d)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda merasakan anda bukan seorang pakar komputer atau IT,Anda rasa anda tidak mahir menulis blog,bahasa Inggeris tonggang langgang,tak pandai nak buat website atau blog,kalau ada pelanggan beli bagaimana tentang cara pembayaran dan sebagainya.

e)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi anda risaukan kos memulakan.Anda tertanya-tanya tentang modal.

f)Anda ingin memulakan perniagaan di Internet tetapi tidak tahu bagaimana nak buat promosi.Promosi dalam perniagaan amat penting begitu juga dalam perniagaan internet.

g)Anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang menarik dan berkualiti untuk diniagakan di Internet,tetapi anda risau tentang persaingan walaupun persaingan sihat.

Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh saya sendiri ketika mula berjinak-jinak dalam pernigaan internet dulu,sehingga kini masalah tetap ada tetapi disebabkan oleh pengalaman,kita sudah mampu untuk menghadapinya. Yang paling penting,jangan lari dari masalah sebaliknya cari jalan penyelesaian.

Wednesday, March 17, 2010

Perniagaan Dan Program

Terdapat perbezaan antara Perniagaan dan Menyertai Program di Internet.Ramai yang keliru dengan perbezaan ini sehingga ada yang memandang negatif tentang perniagaan internet.Sebagai contoh,apabila kita memberitahu kawan-kawan bahawa kita mempunyai perniagaan internet,ada diantara mereka yang membayangkan bahawa kita telah menyertai,mempromosi atau menganjurkan aktiviti yang salah di sisi undang-undang contohnya seperti skim cepat kaya,skim piramid,saham-saham yang meragukan dan sebagainya.Sebenarnya perniagaan melibatkan aktivi penjualan dan pemasaran produk fizikal dan produk maya/digital.Ada juga yang menawarkan perkhidmatan seperti membuat laman web,menyewa hosting dan sebagainya.Ini dinamakan perniagaan.

Program pula terbahagi kepada dua iaitu program yang sah di sisi undang-undang dan program yang salah dan meragukan dari segi undang-undang. Saya membahagikan program ini kepada dua bahagian untuk memudahkan kefahaman pembaca.Antara contoh program2 menjana pendapatan di internet adalah seperti Pay Per Click (PPC),Pay Per Read (PTR) Pay Per Lead (PPL),Cost Per Action (CPA),Google Adsense,Adverlets,Nuffnang,TNX,LTA - Affiliate's program (International or Local),Commision Junction(Cj,Com) , ClickBank.com(CB) dan sebagainya.Untuk menyertai program2 ini anda memerlukan komitmen yg tinggi,sabar,tidak cepat patah semangat/putus asa dan mempunyai disiplin dalam menguruskan masa.Ilmu tentang kaedah/strategi pemasaran adalah sangat penting.

Antara contoh program yang salah/meragukan dari segi undang-undang adalah seperti
a)Skim Cepat Kaya
b)Skim Piramid
c)Saham yang meragukan
d)Nigeria Scammer
e)Auction Scam yg terdapat di eBay,Yahoo auction dll portal lelongan.
f)Surat Berantai
g)Internet Lotery Scam
h)Ponzi


Dibawah ini merupakan contoh program2 menjana pendapatan yang terdapat di internet,banner di bawah merupakan salah satu program menjana pendapatan yang dianjurkan oleh ArizaGroup dari Malaysia,Program ini menawarkan produk berupa perisian untuk menonton 3000 rancangan televisyen dari 80 buah negara di seluruh dunia secara percuma/tanpa bayaran bulanan mcm Astro.Sangat menarik untuk mereka yang ingin mula mencari pendapatan melalui internet.Sila klik di bawah untuk maklumat lanjut.


SYOK-TV.COM


Banner2 lain di bawah adalah program affiliate Pay To Click (PTC) yang saya sertai dan telah menjana pendapatan harian yang agak lumayan dalam matawang US Dollar.
Sebelum menyertai mana2 program pastikan anda membaca perjanjian/terms of service/disclamer dan FAQ terlebih dahulu untuk lebih memahami perjalanan dan pengurusan program tersebut.Sebagai seorang yang beragama Islam pula, pastikan anda tidak menyertai program2 yang jelas haram seperti Poker Star,eCasino,affiliate mempromosikan laman web lucah/porno,mempromosikan laman sosial lucah,jackport,saham2 yg tidak kita ketahui di mana pelaburannya spt HYIP dan sebagainya.Memang terdapat iklan2 sebegitu dlm program ini terutama dalam Pay To Sign-Up,tetapi kita boleh ignore sahaja. tak perlu layan atau sign-up. Pastikan anda mendapat income yg betul2 halal dari internet.

Program2 PTC/PTR ini adalah PERCUMA untuk disertai dan merupakan cara yang paling mudah bagi saya untuk menjana pendapatan.Kenapa mudah bagi saya? Kerana saya biasa memperolehi USD30-40 dalam masa hanya beberapa minit melayari internet.
Program2 yang saya sertai ini adalah antara yang terbaik dan boleh dipercayai di pasaran.Untuk pengetahuan anda,terdapat terlalu banyak scam/penipuan/propaganda dlm program2 PTC di pasaran,jadi ini merupakan risiko yang perlu kita ambil.Seperti biasa,dalam apa2 perniagaan/program,risiko mesti ada.Contohnya seperti syarikat tutup,rugi dalam perniagaan,syarikat tak bayar komisyen dan sebagainya.Ini adalah perkara biasa terutama apabila kita mencari pendapatan di internet.Yang paling penting adalah cara kita meminimumkan risiko tersebut.
Saya banyak membuat kajian peribadi dari laman web penganalisis2 program PTC ini dari seluruh dunia dan aktif dalam forum2 PTC ini.Tentang kaedah pemasaran pula,kita boleh menggunakan sistem tertentu untuk memaksimumkan pendapatan kita,klik link di bawah untuk maklumat lanjut:

PTC Marketing Secret

Setakat ini,saya tidak lagi mengalami kerugian dari segi kewangan kerana saya tidak pernah membayar walau satu sen pun untuk menyertai program2 PTC/PTR ini.Tiada modal kewangan dikeluarkan selain dari masa.Jika anda berminat untuk menghasilkan pendapatan secara percuma/tanpa modal,sila klik banner2 di bawah untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.Clixsense dan Neobux adalah yang terbaik bagi saya!











WordLinx - Low Cost Traffic

LinkGrand.com

DonkeyMails.com: No Minimum Payout